Keberkesanan Penggunaan Aplikasi ‘Plickers’ Dalam Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Arab di Universiti Sultan Azlan Shah

Authors

  • Hawa binti Alias Jabatan Bahasa Arab, Pusat Bahasa & Pengajian Asasi,Universiti Sultan Azlan Shah, Bukit Chandan, 33000 Kuala Kangsar, Perak, Malaysia

Keywords:

Aplikasi Plickers, Mempunyai Asas Bahasa Arab, Pencapaian, Keberkesanan, Tiada Asas Bahasa Arab

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap pencapaian bahasa Arab pelajar setelah menggunakan aplikasi Plickers dan ketiadaan asas bahasa Arab sebagai salah satu faktor pelajar lemah
menguasai bahasa Arab. Kajian ini dijalankan ke atas 40 orang responden dikalangan pelajar Bahasa Arab. Permulaan Semester III sesi 2017/2018 di USAS yang terdiri daripada 29 pelajar lelaki manakala 11 pelajar perempuan, 23 daripada pelajar mempunyai asas bahasa Arab manakala 17 pelajar tiada asas, dan mereka
merupakan pelajar program Diploma Multimedia Dan Dakwah (DMMD), Diploma Pentadbiran Perniagaan (DPP), Diploma Kaunseling Islami (DKSL) dan Diploma Pengajian Islam (DPI). Kaedah persampelan rawak kelompok digunakan terhadap 30 orang responden daripada kumpulan eksperimen dan 10 daripada kumpulan kawalan yang mempunyai pelbagai latar belakang asas pendidikan bahasa Arab, program pengajian dan semester. Dapatan data dianalisis menggunakan paired sample t-test bagi membuat perbandingan kedua kumpulan serta mendapatkan signifikan kajian. Bagi menguji ketiadaan asas bahasa Arab adalah faktor
kelemahan pelajar menguasai bahasa Arab, dapatan data pada demografi pelajar berkaitan asas bahasa Arab diambil dan diselaraskan dengan pencapaian mereka semasa pre-test bagi kedua-dua kumpulan. Kemudian penyelidik menguji min pelajar yang mempunyai asas dan pelajar yang tiada asas menggunakan kaedah One Way ANOVA. Melalui kajian kuantitatif pre-post test ini, mendapati tahap pencapaian pelajar meningkat setelah menggunakan aplikasi Plickers. Namun, hasil gabungan kedua kumpulan menunjukkan pelajar yang tiada asas bahasa Arab mempunyai tahap pencapaian yang kurang berbanding mereka yang mempunyai asas. Kesimpulannya, kajian ini diharap dapat membantu pensyarah bahasa Arab dalam menangani masalah pelajar lemah menguasai bahasa Arab dengan mengambil pendekatan gamifikasi dalam pedagogi mereka khususnya
aplikasi Plickers. Diharap pada masa akan datang satu kajian menggunakan skala yang lebih besar dapat
dijalankan.

Downloads

Published

2019-12-31

How to Cite

Alias, H. binti. (2019). Keberkesanan Penggunaan Aplikasi ‘Plickers’ Dalam Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Arab di Universiti Sultan Azlan Shah. Al-Qimah Al-Mudhafah, 5(1). Retrieved from http://devojs.usas.edu.my/alqimah/index.php/journal/article/view/49